Monday 20 October 2014

Resepi Puding Roti

Puding Roti


Bahan-Bahan:

Bahan untuk di kisar
  • 4 keping roti*
  • 2 biji telur ayam *
  • 1 tin susu cair (400ml)*
  • 1 sudu teh asen vanilla*
Bahan-bahan lain
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar majerin
  • 3 jenis pewarna kesukaan

Cara Penyediaan:

  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur. dah larut masukkan gula.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna yang berlainan. (Kalau guna serbuk koko, gaul sebati serbuk koko dengan salah satu bahagian larutan puding).
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.

TERIMA KASIH SAHABATKU

 
Hargailah sahabat kita dengan sebaik mungkin....:)

LA TAHZAN YA QALBI

 

Jangan Bersedih
Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih
Redha Dengan Anugerah Allah Membuat
Anda Terkaya di Dunia
Jangan Bersedih
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima
Taubat serta Rahmatnya Maha Luas
Jangan Bersedih
Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan orang lain
Jangan Bersedih
Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan @ Dizalimi
Jangan Bersedih
Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
Jangan Bersedih
Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
Jangan Bersedih
Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
Jangan Bersedih
Allah Tidak kan Mensiakan Pengorbananmu
Jangan Bersedih
Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi


sahabat2 kesayangan,

Allah memujuk dan menjawab setiap persoalan kita dengan ayat2 Kalamullah yang indah...
 Kita bertanya : Kenapa aku diuji?

 Al-Quran menjawab :


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3

 Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

 Al-Quran menjawab : 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
Surah Al-Baqarah, ayat 216


 Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

 Al-Quran menjawab :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286


 Kita bertanya : Kenapa rasa kecewa?

 Al-Quran menjawab :
"Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran, ayat 139


 Kita bertanya : Apa yang harus aku lakukan?

 Al-Quran menjawab :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali-Imran, ayat 200

 Kita bertanya : Bagaimanakah harus aku menghadapinya?

 Al-Quran menjawab :


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
Surah Al-Baqarah, ayat 45

 Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

 Al-Quran menjawab :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
Surah At-Taubah, ayat 129

 Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat bertahan?

 Al-Quran menjawab :


"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf, ayat 12

 Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini?

 Al-Quran menjawab :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.."
Surah At-Taubah, ayat 111


~Esok Akan Merekah Bunga Yang HArum Baunya Mengusir Segala Kesedihan Dan Menjadi Penghibur Hati..~
 
*Mari berCinta dengan Allah (^_^)

Doa Mohon Cinta Allah

 
seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,

seorang muslimah yang tiada teman lelaki , janganlah kau kata dia tak laku ,

seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,

seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang
, -_-"

••► Tahukah kau wahai Adam ,
Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?

Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .

Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .

Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .

Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu .

Damaikanlah ombak di hatimu ,
kerana ianya lumrah ujian . .
Yang menjadi lubuk pahala mujahadah cintamu padaNya ,
tekadkanlah janji di hati . .
"Telah kupilih JalanMu . . dan aku benar-benar yakin , cinta ini tidak akan pernah dikecewakan".

Jom buat kek :)

Cheese cake

Resepi Cheese cake

Bahan - bahan :

  • 200cc/ml krim segar/yogurt
  • 250g krim keju
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara - cara :

  1. Panaskan oven 170 darjah celcius. Sapukan loyang dengan butter atau alas dengan kertas minyak pun ok(oven paper).
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Campur biar sampai jadi krim.
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit.
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap

 


Thursday 25 September 2014

Renung-Renungkanlah .....


# Moga kita semua sentiasa di bawah kerahmatan-Nya...

Jom Buat Kek....:)




RESEPI KEK BATIK PALING SIMPLE DAN BEST!!



Bahan-Bahan

- 250g Biskut Marie (warna cream)
- 150g buttercup
- 1 cawan Milo
- 6 sudu serbok koko
- 4 biji telur
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 cawan air kosong



Langkah-Langkah

1. Patah-Patahkan Biskut Marie.

2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, air ke dalam kuali dan gunakan api sederhana.


 3. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan buttercup.

4. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.

5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul.


6. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas.


7. Masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.






# SELAMAT MENCUBA....:)



Thursday 18 September 2014

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

♥ Ikhlaskan niat

♥ Tekun Berusaha

♥ Tawakkal Kepada Allah S.W.T

♥ Menjauhi Maksiat

♥ Memilih teman yang solehah

♥ Banyakkan Berzikir

♥ Menjaga Kehormatan

♥ Doa & Keredhaan Ibu Bapa

♥ Menghormati Guru

♥ Beramal Dengan Segala Ilmu Yang Diperoleh

# selamat beramal....☆☆☆★★★

PETUA

Mengharumkan Bilik Tidur

★ Ambil beberapa helai daun pandan wangi, ramas - ramas dan pintalkan.
     Letakkan pada tempat yang sesuai dalam bilik tidur anda. Atau anda
     juga boleh letakkan beberapa limau kasturi yang dibelah dua ditempat
     sesuai. Bilik tidur anda akan sentiasa harum dengan adanya daun pandan
     atau limau kasturi berkenaan.

Hilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

★ Untuk menghilangkan kesan karat lama atau baru pada pakaian, bersihkan
     pakaian terlebih dahulu. Sapukan sedikit kapur pada kesan karat tersebut
     dan perahkan limau nipis ke atasnya. Biarkan 30 minit dan bolehlah dibilas.

Menghalau Nyamuk

★ Tumbuk beberapa helai daun limau, kemudian letakkan dalam piring.
      Letakkan piring tersebut di tempat yang banyak nyamuk terutamanya
      di tempat yang gelap.

Merawat Sakit Tekak

★ Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa
     keping asam keping/gelugor. Asam keping ini hendaklah dibakar sehingga
     hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu,
     sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. In Shaa Allah tekak anda akan
     sembuh seperti sediakala.

Legakan Sakit Kepala

★ Ambil tiga atau empat keping asam gelugor. Rendamkan dalam air suam semalaman.
     Minum air tersebut pada keesokan harinya. In Shaa Allah sakit kepala anda akan
     hilang serta merta.

Menghilangkan Panau

★ Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Petuanya ialah;
     ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda
     terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama sehingga.

# Semoga petua-petua diatas bermanfaat...>_<

Jom Kita Sama-Sama Ingatkan Diri.....

Peringatan Untuk Diri....♡♡♡♡♡

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, "sesiapa yang mempelajari sesuatu
ilmu kerana hendak menandingi ulama dan bermegah kepada orang yang bodoh,
hendaklah ia menyediakan tempatnya di dalam neraka"



PESANAN IBRAHIM ADHAM
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan
    ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan
    Allah daripadanya."
SUDUT NASYID....:)

          RAPUH
Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi 
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati 
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Wednesday 27 August 2014

Indah nian sebuah desa

Shirakawa-go adalah sebuah desa pergunungan yang terletak di tengah lembah pergunungan Ryohaku, dimana bersempadan dengan Wilayah Ishikawa. Pada zaman dahulu Shirakawa-go merupakan kawasan yang terpencil, kerana lokasinya dikelilingi pergunungan dan sukar untuk sampai. Pada musim sejuk, akses jalan menuju daerah ini tertutup salji dengan ketebalan hingga 5 meter.

Namun kini, akses jalan menjadi lebih mudah dengan dibangunnya jalan tol atau highway yang menghubungkan Shirakawa-go dengan bandar-bandar di sekitarnya. Jalan menuju daerah ini melewati pergunungan, namun jalan tidak dibuat mengitari gunung melainkan dibuat menembusi gunung. Gunung-gunung dipecahkan dan dibuat terowong untuk jalan raya. Di antara pergunungan mengalir sungai Sho yang menuju ke utara bandar Nanto, Wilayah Toyama. Di sepanjang sungai terdapat beberapa kawasan rata, dan penempatan tersebar di sisinya.