skip to main |
skip to sidebar
Resepi Puding Roti
Bahan-Bahan:
-
Bahan untuk di kisar
- 4 keping roti*
- 2 biji telur ayam *
- 1 tin susu cair (400ml)*
- 1 sudu teh asen vanilla*
-
Bahan-bahan lain
- 10 gm serbuk agar-agar
- 1 cawan gula pasir
- 3 cawan air
- 2 sudu besar majerin
- 3 jenis pewarna kesukaan
Cara Penyediaan:
- Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur. dah larut masukkan gula.
- Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus.
- Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
- Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
- Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
- Bahagi larutan puding
kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna yang
berlainan. (Kalau guna serbuk koko, gaul sebati serbuk koko dengan salah
satu bahagian larutan puding).
- Basahkan loyang atau
acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap
bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu
keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan
corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di
salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan
berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan
asal dan biar puding keras.
- Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.
No comments:
Post a Comment